Ahad, 10 Julai 2016

10 Kata-Kata Hikmah Terbaik Prof Dr Muhaya Mohamed

1. Para suami jangan berkasar dengan isteri. Ingat bahawa ini semua amanah Allah kepada para suami. Jom audit.

2. Bagi anak anak atau adik beradik yang bergaduh, cuba lihat album lama dan renungi kasih sayang pada masa lalu dan refleksi diri serta buat perubahan menyambung silaturrahim. Jangan sesekali ada dalam jiwa kita orang yang kita benci atau dendam kerana emosi ini adalah racun jiwa dan akan menyebabkan banyak penyakit fizikal juga. Jom audit.

3. Dunia ini tempat ujian Allah pada hambaNya. Maka harus digunakan untuk mendapat redha Allah. Jika tidak ada niat mendapat redha Allah dalam setiap aktiviti, alangkah ruginya. Jom audit diri.

4. Bila mula berkahwin,perkara utama pada awal lagi sebutkan pada pasangan ialah katakan " Jika saya taat kepada Allah, bantulah saya, jika saya derhaka pada Allah, bantulah saya, saya cinta pada awak selagi mana awak cintakan Allah. saya tidak akan suka perangai awak, selagi awak derhaka pada Allah". Sebagai suami isteri, letakkan Allah dan Rasul sebagai fokus utama rumah tangga. InsyaAllah inilah punca kebahagiaan rumah tangga. Jom audit

5. Jika kita bersama seseorang dan merasa tenang serta ingat pada Allah, insyaAllah dia boleh dijadikan sahabat. Jika sebaliknya, elakkan diri jika tidak dapat menyeru kepada kebaikan dan kita sendiri terpengaruh.

6. Kita boleh memilih untuk melihat dunia dengan mata yang menghargai atau mata yang membenci. Yang mana agaknya yang akan beri ketenangan, kebahagiaan dan keceriaan. Jom audit dan ubah.

7. Ada- beri -dapat. Semoga prinsip ini jadi permulaan untuk kita melihat diri dengan melihat apa yang kita dapat setiap hari. Jika baik, bererti kita telah beri baik dan hanya boleh beri baik jika ada baik dalam jiwa. Jom jadi baik dan bina takwa.

8. Semoga kita semua berziarah dengan niat hanya kerana Allah untuk silaturrahim dan menjaga akhlak kita dengan senyuman, sifat lemah lembut, kata kata yang baik dan sifat pemurah dan menjaga kesihatan dengan mengelakkan memakan dan meminum terlalu banyak gula. Semoga kita menjaga akhlak di jalan raya.

9. Jom audit Samada kita sukakan penghargaan manusia atau pandangan Allah. Semoga kita hanya mencari redha Allah dan bebas daripada penghargaan manusia.


10. Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita serta didik anak anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan didalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yg di tonton di media massa dan alam siber. Semasa menziarahi rumah saudara, didik anak untuk berinteraksi dengan orang lain dan bukan hanya dengan gajet semata-mata. Jom audit.

Memperbaiki Diri - Prof Dr Muhaya Mohamed

Reset Minda Orang Tenang - Prof Dr Muhaya Mohamaed

Menjaga Kebersihan Hati - Prof Dr Muhaya Mohamed